More

    Pelancaran antarabangsa HONOR 9A dijadualkan pada 23 Jun, akan disiarkan secara langsung

    Pada Mac lalu, HONOR telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan, HONOR 9A, di China. Akhirnya peminat HONOR di Malaysia pula bakal boleh memiliki peranti ini apabila ia dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada Selasa, 23 Jun jam 8:00 malam waktu Malaysia dalam sebahagian daripada VIP Day Launch Event.

    HONOR 9A dilengkapi cipset MediaTek Helio P22 yang mempunyai teras A-53 dengan kadar clock 2.0GHz. Ia juga mempunyai skrin IPS LCD 6.3 inci dengan resolusi 1600×720. Untuk kamera pula, ia dilengkapi tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 13MP f/1.8, kamera ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Manakala kamera hadapan ialah kamera selfie 8MP f/2.0 yang diletakkan dalam notch berbentuk titisan air (water drop).

    Selain itu, HONOR 9A mempunyai pengimbas cap jari di belakang, bicu audio 3.5mm dan port micro USB untuk pengecasan. Mungkin ciri yang paling menarik dalam HONOR 9A adalah kebolehan pengecasan berbalik untuk mengecas telefon pintar lain. Tidak banyak telefon kelas permulaan yang mempunyai fungsi ini.

    Ia dijual di China pada harga bermula RMB899(~RM550). Berapa agaknya harga untuk pasaran Malaysia ya? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured