More

    Lenovo ThinkSmart One Pro tiba sebagai “collaboration bar” dengan Windows 11 dan Intel Core i5

    Lenovo melancarkan Lenovo ThinkSmart One Pro iaitu solusi kolaborasi bersepadu untuk bilik mesyuarat kecil atau ruang kerja rumah. Ia tiba sebagai collaboration bar pertama menjalankan Windows 11 IoT Enterprise dan dikuasakan Intel Core i5-1145G7E dengan sokongan Intel vPro.

    Peranti ini menggabungkan komputer, kamera FHD dan sistem audio dalam satu bar boleh pasang dinding. Kamera menyokong AI dynamic composition, intelligent zoom dan video fencing serta penutup privasi manual. Audio terdiri daripada lapan mikrofon dengan liputan 180 darjah, DSP untuk pembatalan gema dan penapisan hingar serta pembesar suara stereo 15W.

    Spesifikasi utama termasuk 16GB DDR4 dwi-saluran, 256GB PCIe Gen 4 SSD dan grafik Intel Iris Xe. Ia menyokong Microsoft Teams Rooms dan Zoom Rooms selain Webex dan Google Meet melalui mod BYOD. Pilihan ThinkSmart Controller atau Lenovo IP Controller ditawarkan dengan paparan sentuh 10.1 inci beresolusi 1280×800 piksel.

    ThinkSmart Manager dipra-pasang untuk pengurusan jarak jauh, dengan lesen Premium setahun dan sokongan sehingga tiga tahun. Dari segi sambungan, ia menyediakan HDMI In, dua HDMI Out, USB-A, USB-C, dua LAN dan Wi-Fi 2×2 AX.

    Harga bermula USD2,999 (~RM11,777) untuk USB Controller dan USD3,499 (~RM13,741) untuk IP Controller dengan ketersediaan di pasaran terpilih global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured