More

    Nothing turut umum Headphone (a) dengan bateri sehingga 135 jam dan sokongan Hi-Res Audio

    Selain siri Phone (4a), Nothing turut memperkenalkan fon kepala baharu Nothing Headphone (a) sebagai tambahan kepada barisan produk audio mereka. Ia mengekalkan identiti rekaan Nothing dengan estetika lebih berani serta hadir dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, merah jambu dan kuning.

    Nothing Headphone (a) mempunyai berat sekitar 310 gram, kusyen memory foam untuk keselesaan sepanjang hari serta penarafan IP52 bagi perlindungan asas terhadap habuk dan percikan air. Fon kepala turut dilengkapi kawalan fizikal pada ear cup melalui tiga elemen utama iaitu roda untuk kawalan kelantangan, paddle bagi navigasi media dan butang untuk fungsi tambahan seperti Channel Hop yang membolehkan pengguna bertukar aplikasi dengan pantas.

    Butang tersebut juga menyokong mod kamera yang membolehkan pengguna mengambil gambar atau memulakan rakaman video pada telefon pintar secara jauh. Nothing Headphone (a) menyokong Hi-Resolution Audio Wireless bersama codec LDAC dan menggunakan pemacu 40mm bersalut titanium untuk menghasilkan bunyi yang lebih jelas serta mengurangkan distorsi.

    Ia turut menawarkan pengurangan hingar adaptif (ANC) dengan tiga tahap tetapan serta mod telus. Sistem ini menggunakan gabungan mikrofon feedforward dan feedback bersama teknologi AI, selain algoritma tiga mikrofon untuk memastikan suara pengguna kekal jelas ketika panggilan walaupun dalam persekitaran bising.

    Selain itu, pengguna boleh menyesuaikan profil bunyi melalui aplikasi Nothing X menggunakan Advanced EQ lapan jalur. Headphone (a) juga menawarkan ketahanan bateri sehingga 135 jam atau kira-kira lima hari penggunaan dengan ANC dimatikan, serta pengecasan pantas yang memberikan sehingga lima jam masa mendengar dengan hanya lima minit pengecasan.

    Untuk pasaran Malaysia, harga dan ketersediaan rasmi bakal diumumkan pada 1 April 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured