More

    OnePlus 15T sah bakal tiba dengan bateri 7,500mAh dan pengecasan 100W

    Terbaharu, OnePlus mengesahkan bakal melancarkan model 15T dengan bateri berkapasiti 7,500mAh yang menjadikannya antara peranti mercu kompak dengan kapasiti bateri terbesar setakat ini. Selain kapasiti bateri besar, peranti ini turut menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W pengecasan wayarles.

    Gabungan tersebut dijangka memberikan masa pengecasan yang pantas walaupun menggunakan bateri yang jauh lebih besar berbanding kebanyakan telefon mercu semasa. Menariknya, OnePlus 15T dikatakan masih mengekalkan rekaan kompak walaupun memuatkan bateri bersaiz besar.

    Laporan awal menyebut ia mempunyai ketebalan sekitar 8.4mm dengan berat kira-kira 194 gram, sesuatu yang jarang dilihat pada telefon dengan bateri melebihi 7,000mAh. Untuk spesifikasi lain, OnePlus 15T dijangka menampilkan paparan OLED sekitar 6.31 inci dengan bezel nipis dan kamera telefoto periskop 50MP.

    Peranti ini juga dikatakan akan menyokong tahap perlindungan air dan habuk IP68 serta IP69. Buat masa ini, OnePlus masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk model tersebut. Namun, khabar angin menyatakan telefon ini berkemungkinan diperkenalkan terlebih dahulu di China sebelum diperluaskan ke pasaran lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured