More

    Ini cara miliki HONOR 600 Lite secara percuma di Malaysia

    HONOR 600 Lite memulakan jualan rasmi di Malaysia pada 9 Mac 2026 dengan harga rasmi RM1,399. Ia hadir dengan spesifikasi RAM 24GB, storan 256GB dan bateri berkapasiti 6520mAh. Pelanggan boleh memiliki peranti ini secara percuma melalui langganan pelan Maxis Postpaid 139 atau pelan U Postpaid dan U Family daripada U Mobile.

    Bagi rangkaian redONE mobile, HONOR 600 Lite dijual pada harga RM450 dengan langganan pelan DevicePRO 68. Pelan Yes 5G Infinite+ Basic pula menawarkan peranti pada harga RM10 sebulan dengan bayaran pelan RM58 sebulan.

    Tawaran pascabayar daripada CelcomDigi akan mula tersedia secara rasmi pada 18 Mac 2026. Setiap unit disertakan dengan jaminan lanjutan 1+1 tahun yang bernilai RM99. Pilihan warna yang tersedia bagi pasaran tempatan ialah Desert Gold dan Velvet Grey.

    HONOR 600 Lite boleh didapati di HONOR Experience Store serta stor rasmi di platform Shopee, Lazada dan TikTok. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured