More

    POCO sahkan siri POCO X8 Pro bakal dilancar secara global pada 17 Mac ini

    POCO mengesahkan tarikh pelancaran global siri POCO X8 Pro pada 17 Mac 2026 jam 8 malam waktu tempatan melalui acara penstriman dalam talian. Barisan peranti tersebut merangkumi model POCO X8 Pro dan POCO X8 Pro Max. Varian POCO X8 Pro menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8500 Ultra manakala model Pro Max dilengkapi MediaTek Dimensity 9500s.

    Siri ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan hijau dengan tumpuan terhadap peningkatan prestasi pemprosesan. Data penanda aras menunjukkan lonjakan kuasa yang signifikan bagi menyokong tugasan harian berbanding generasi terdahulu.

    Anggaran harga bagi POCO X8 Pro bermula daripada €399 (~RM1,800) bagi storan 8/256GB sehingga €479 (~RM2,200) untuk varian 12/512GB. Versi POCO X8 Pro Max dijangka dijual pada harga €529 (~RM2,400) bagi model 12/256GB dan €579 (~RM2,600) untuk konfigurasi 12/512GB.

    Maklumat harga tersebut diperoleh daripada penyenaraian awal di laman web Xiaomi Eropah sebelum acara pelancaran. POCO dijangka mendedahkan butiran tambahan mengenai reka bentuk serta fungsi baharu peranti berkenaan menjelang hari pelancaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X POCO

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured