More

    Samsung uji bateri Silikon-Karbon 20,000mAh untuk telefon pintar akan datang

    Samsung SDI sedang menjalankan ujian dalaman bagi bateri Silikon-Karbon (Si-C) berkapasiti 12,000mAh, 18,000mAh dan 20,000mAh. Laporan ujian yang bocor mendedahkan teknologi tersebut masih memerlukan penambahbaikan sebelum sedia untuk kegunaan komersial.

    Setakat fasa penilaian, varian 12,000mAh dan 18,000mAh gagal mencapai sasaran 1,500 kitaran cas selepas terhenti pada 960 kitaran sahaja. Model 12,000mAh dengan kod SDI-DC12K-SiC-V2 menggunakan rekaan dwi-sel yang terdiri daripada sel 6,800mAh setebal 4.7mm dan sel 5,200mAh setebal 3.2mm.

    Bateri tersebut dijangka mampu memberikan masa skrin aktif (SOT) antara 20 hingga 25 jam bagi penggunaan rangkaian 4G dan Wi-Fi. Walau bagaimanapun, dua daripada tujuh sampel ujian dikesan melebihi sasaran ketebalan susunan 9.3mm yang ditetapkan.

    Varian 18,000mAh yang menggunakan kod SDI-TC18K-SiC pula menampilkan rekaan tiga sel yang memfokuskan kepada kapasiti tinggi serta ketahanan. Lapisan susunan sel bateri menyebabkan ketebalan sampel mencecah 12.8mm iaitu melebihi sasaran asal sekitar 12.3mm.

    Pihak Samsung SDI kini sedang mereka bentuk semula susunan lapisan tersebut serta menambah baik perisian pengurusan bateri bagi mengatasi isu teknikal yang timbul. Teknologi sel Si-C berpotensi besar untuk diintegrasikan ke dalam peranti mercu masa depan serta telefon pintar boleh lipat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured