More

    Sonos Play dan Sonos Era 100 SL tiba di Malaysia, tawar promosi Aidilfitri masa terhad

    Sonos melalui pengedarnya di Malaysia, TC Acoustic, mengumumkan dua peranti audio baharu iaitu Sonos Play dan Sonos Era 100 SL untuk pasaran tempatan. Sonos Play merupakan pembesar suara mudah alih yang menyokong sambungan WiFi dan Bluetooth serta boleh digunakan sebagai sebahagian daripada sistem audio multi-bilik Sonos.

    Ia menawarkan sehingga 24 jam hayat bateri, penarafan IP67 untuk ketahanan air dan habuk serta fungsi power bank terbina untuk mengecas peranti lain. Peranti turut menyokong sambungan stereo, kawalan melalui aplikasi Sonos dan integrasi dengan platform seperti Spotify Connect serta Apple AirPlay 2.

    Sonos Play

    Sementara itu, Sonos Era 100 SL merupakan versi tanpa mikrofon kepada model Era 100 yang ditujukan kepada pengguna yang mahukan pengalaman audio Sonos tanpa fungsi arahan suara. Pembesar suara ini boleh digunakan secara tunggal, digandingkan sebagai stereo atau dijadikan sebahagian daripada sistem home theatre dalam ekosistem Sonos.

    Menurut Sonos, kedua-dua peranti direka untuk menyokong sistem audio rumah yang boleh berkembang daripada satu bilik kepada beberapa ruang melalui rangkaian WiFi. Ia turut menyokong lebih 100 perkhidmatan penstriman muzik serta boleh digunakan untuk muzik, podcast dan audio daripada televisyen.

    Sonos Era 100 SL

    Tempahan untuk kedua-dua model boleh dibuat melalui laman rasmi TC Acoustic, Sonos Concept Store di Starhill, Lazada serta pengedar terpilih di seluruh negara dengan jualan rasmi dijadualkan bermula 7 April 2026.

    Selain itu, TC Acoustic juga mengadakan promosi sempena musim perayaan dari 13 hingga 22 Mac 2026 yang melibatkan produk audio daripada jenama Sonos dan Bowers & Wilkins. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured