More

    YouTube pada TV mula papar iklan 30 saat yang tidak boleh “skip”

    Google melalui platform video YouTube dilaporkan mula memperkenalkan iklan 30 saat yang tidak boleh dilangkau (non-skippable) khusus untuk tontonan melalui televisyen pintar. Format iklan baharu ini kini sudah tersedia kepada pengiklan di seluruh dunia.

    Langkah tersebut dibuat selepas YouTube mencatatkan pertumbuhan tontonan terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini datang daripada pengguna TV yang menjadikannya salah satu platform utama untuk kandungan video di ruang tamu. Dengan format baharu, pengiklan boleh memaparkan iklan penuh selama 30 saat tanpa pilihan untuk melangkau.

    Menurut YouTube, sistem pengiklanan mereka akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengoptimumkan kempen iklan secara automatik. Sistem akan memilih antara beberapa format seperti iklan 6 saat jenis bumper, iklan standard 15 saat dan iklan 30 saat tidak boleh langkau khusus untuk TV bergantung kepada sasaran audiens dan masa paparan yang sesuai.

    Bagi pengguna yang tidak mahu melihat iklan, YouTube turut menawarkan langganan berbayar seperti YouTube Premium yang membolehkan tontonan tanpa iklan. Selain itu, terdapat pelan lebih murah iaitu YouTube Premium Lite yang memberi sebahagian ciri Premium dengan harga lebih rendah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured