More

    Siri Lenovo Yoga Gen 11 dilancar di Malaysia: Laptop OLED dengan AI bermula RM4,999

    Lenovo memperkenalkan siri komputer riba Yoga Gen 11 di Malaysia dengan harga bermula RM4,999. Barisan baharu ini merangkumi tiga model iaitu Lenovo Yoga Pro 7i Aura Edition, Lenovo Yoga Slim 7i Ultra Aura Edition dan Lenovo Yoga 7a 2‑in‑1. Ketiga-tiga model hadir dengan pemproses generasi baharu, paparan OLED serta beberapa ciri perisian berasaskan AI yang disepadukan melalui perisian Lenovo Smart Experiences.

    Melalui platform tersebut, Lenovo menyediakan beberapa fungsi tambahan seperti Smart Modes untuk mengubah tetapan produktiviti, Smart Share bagi memudahkan perkongsian fail antara peranti serta Smart Care untuk sokongan dan diagnostik peranti. Secara keseluruhan, siri ini menekankan pengalaman penggunaan yang lebih pintar dengan integrasi AI, paparan berkualiti tinggi serta sambungan moden seperti WiFi 7.

    Model paling berkuasa ialah Lenovo Yoga Pro 7i Aura Edition yang dilengkapi paparan OLED 15.3 inci resolusi 2.5K dengan kadar segar semula 165Hz dan liputan warna 100% DCI-P3. Ia boleh dikonfigurasi sehingga pemproses Intel Core Ultra 9 386H, RAM LPDDR5X sehingga 64GB, storan sehingga 2TB PCIe Gen 4 SSD serta GPU NVIDIA GeForce RTX 5070. Ia turut menyokong WiFi 7, Bluetooth 6, bateri 92.5Wh dengan pengecasan USB-C 140W serta sistem audio empat pembesar suara Dolby Atmos.

    Bagi pengguna yang mengutamakan mobiliti, Lenovo Yoga Slim 7i Ultra Aura Edition tampil dengan reka bentuk lebih nipis dan ringan sekitar 975 gram. Ia menggunakan paparan sentuh POLED 14 inci resolusi 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz dan liputan warna 100% DCI-P3. Peranti dikuasakan pemproses Intel Core X9 388H bersama grafik Intel Arc B390, RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan sehingga 2TB SSD. Ia turut menyokong WiFi 7, Bluetooth 5.4 serta bateri 75Wh dengan pengecasan USB-C 65W.

    Model paling mampu milik pula ialah Lenovo Yoga 7a 2‑in‑1 yang menampilkan engsel 360 darjah untuk digunakan sebagai komputer riba atau tablet. Ia hadir dengan paparan OLED 14 inci resolusi 2.8K pada kadar segar semula 120Hz dan menyokong stylus Yoga Pen Gen 2. Peranti menggunakan pemproses AMD Ryzen AI 7 445 dengan grafik Radeon 840M, RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan sehingga 2TB SSD. Ia juga dilengkapi WiFi 7, Bluetooth 5.4 serta bateri 70Wh dengan pengecasan USB-C 65W.

    Di Malaysia, Lenovo Yoga 7a 2-in-1 dijual pada harga RM4,999 sebagai model paling mampu milik dalam siri ini diikuti Lenovo Yoga Slim 7i Ultra Aura Edition yang bermula daripada RM7,999 manakala model paling berkuasa iaitu Lenovo Yoga Pro 7i Aura Edition ditawarkan pada harga RM8,999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...