More

    OPPO Find N6 sokong stilus AI, boleh hantar fail terus ke peranti Apple

    OPPO mengumumkan kerjasama lebih mendalam dengan Google Cloud bagi memperkenalkan pengalaman produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada telefon lipat generasi baharu OPPO Find N6. Ia akan dilancarkan bersama stilus baharu dikenali sebagai OPPO AI Pen yang dibangunkan untuk memanfaatkan keupayaan AI bagi meningkatkan cara pengguna mengambil nota dan menghasilkan kandungan secara lebih pantas.

    Salah satu fungsi utama yang diperkenalkan ialah AI Chart yang dibangunkan menggunakan model AI Gemini 2.5 Pro. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang sisi pada OPPO AI Pen dan membulatkan nota tulisan tangan untuk menukarkannya secara automatik kepada jadual digital yang kemas serta boleh diedit.

    Fungsi ini direka bagi memudahkan penyusunan maklumat ketika mesyuarat, sesi perancangan atau tugasan harian. Selain itu, OPPO turut memperkenalkan fungsi AI Image yang dibangunkan menggunakan teknologi Nano Banana (Gemini 2.5 Flash Image). Ia membolehkan pengguna menukar lakaran atau doodle ringkas kepada imej yang lebih terperinci dan bergaya.

    Selain itu, pengguna juga boleh menambah arahan teks untuk menghasilkan karya visual dalam pelbagai gaya seperti lukisan minyak atau seni digital moden. Dalam masa sama, OPPO turut bekerjasama dengan Google untuk memperluas keupayaan perkongsian fail merentas ekosistem. Melalui integrasi Android Quick Share, pengguna Find N6 akan dapat menghantar foto, video dan fail secara terus ke peranti keluaran Apple tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

    Ciri ini dijangka diperkenalkan kepada pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Kesemua fungsi produktiviti berasaskan AI tersebut akan disepadukan dalam sistem operasi ColorOS 16 pada OPPO Find N6. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured