More

    Malaysia gandakan kapasiti pusat data ke 2,100MW, Johor jadi hab baharu serantau

    Malaysia dijangka menggandakan kapasiti pusat data daripada 1,025 megawatt (MW) pada tahun 2025 kepada sekitar 2,100MW menjelang penghujung 2026. Pertumbuhan dipacu oleh pembangunan pesat di Johor dengan kira-kira 1,500MW kapasiti masih dalam pembinaan termasuk projek kampus pusat data berskala besar berkapasiti 500MW oleh YTL Corporation di Kulai.

    Menurut sumber, kedudukan Johor kini semakin kukuh sebagai hab pusat data serantau. Negeri itu tidak lagi sekadar pasaran limpahan daripada Singapura, sebaliknya semakin menarik pelaburan sendiri berikutan keluasan tanah, kedudukan geografi yang hampir dengan Singapura dan rangkaian sambungan yang baik.

    Perubahan ini juga berkait rapat dengan kekangan tanah dan tenaga yang dihadapi Singapura dan menyebabkan pengendali pusat data mula beralih ke negara jiran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada masa sama, lonjakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut menjadi pemacu utama permintaan.

    Keperluan pemprosesan GPU baharu kini boleh mencecah sekitar 130 kilowatt bagi setiap rak yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap teknologi penyejukan cecair dan infrastruktur berprestasi tinggi bagi mengekalkan kecekapan operasi pusat data. Dalam perkembangan berkaitan, Vantage Data Centers yang sebelum ini dilaporkan telah menyiapkan kemudahan pusat data keempatnya di Cyberjaya telah disewa sepenuhnya.

    Kemudahan itu dibangunkan menggunakan sistem air tertutup yang hampir tidak menggunakan air menjadikannya antara pusat data cekap tenaga dan mampan. Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini turut menegaskan bahawa pembangunan pusat data perlu mengambil kira ketersediaan sumber air minuman di kawasan pembangunan.

    Ia termasuk usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat selain mempertimbangkan penggunaan sumber alternatif dan keupayaan infrastruktur bekalan air sedia ada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nikkei Asia

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured