More

    Catcha Digital perluas portfolio dengan pengambilalihan MIFB bernilai RM3.97 juta

    Catcha Digital Berhad mengumumkan bahawa anak syarikatnya, One International Exhibition Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh 100% kepentingan ekuiti Constellar Exhibitions Malaysia Sdn Bhd (CEM) pada nilai RM3,971,715 secara tunai.

    CEM merupakan penganjur Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB) iaitu sebuah pameran perdagangan B2B bagi industri makanan dan minuman di rantau ASEAN. One International dimiliki sebanyak 60% oleh Catcha Digital dan pengambilalihan ini dilihat sebagai langkah memperluaskan portfolio pameran perniagaan-ke-perniagaan (B2B) syarikat itu.

    Sebelum ini, One International menganjurkan acara industri seperti Agri Malaysia dan MBAM OneBuild yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan pembinaan. Menurut penganjur, MIFB 2025 menarik 12,097 pengunjung dengan penyertaan 500 syarikat dari 84 negara.

    Acara itu merangkumi tiga program serentak di tujuh dewan pameran serta menampilkan 55 penceramah dan 44 sesi perkongsian industri. MIFB 2026 dijadual berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dari 15 hingga 17 Julai 2026 dengan sasaran lebih 13,000 pengunjung, 520 syarikat dan penyertaan dari 85 negara yang meliputi lebih 15,000 meter persegi ruang pameran.

    Berdasarkan data Statista, pasaran makanan Malaysia dianggarkan bernilai AS$61.38 bilion pada 2025 dan dijangka berkembang pada kadar purata 6.6% setahun hingga 2030. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured