More

    MESF dilantik wakil Malaysia ke Esports Nations Cup 2026, sertai lebih 100 negara

    Malaysian Esports Federation (MESF) kini secara rasmi dilantik sebagai National Team Partner bagi Malaysia untuk kejohanan global Esports Nations Cup 2026 (ENC 2026). Pelantikan ini meletakkan Malaysia dalam rangkaian lebih 100 negara dan wilayah yang akan membentuk pasukan kebangsaan masing-masing bagi menyertai kejohanan tersebut yang dijadual berlangsung di Riyadh dari 2 hingga 29 November 2026.

    Pelantikan MESF oleh The Esports Foundation (EF) dibuat berdasarkan rekod cemerlang organisasi itu dalam mengurus ekosistem e-sukan tempatan. Antara pencapaian utama termasuk kemenangan pingat perak esports di 2022 Asian Games dan kejayaan merangkul kejuaraan IESF World Esports Championship selama dua tahun berturut-turut pada 2024 dan 2025.

    Sebagai rakan rasmi pasukan kebangsaan, MESF bertanggungjawab membentuk pasukan e-sukan Malaysia merentasi pelbagai judul permainan, menyelia proses pemilihan pemain secara kompetitif dan menyediakan struktur sokongan bagi memastikan atlet tempatan bersedia bersaing di pentas antarabangsa.

    Dalam masa sama, Amir Syafiq bin Abd Rashid dilantik sebagai Pengurus Pasukan Kebangsaan Malaysia yang akan mengendalikan operasi harian dan penyelarasan pasukan sepanjang kejohanan tersebut. Tidak seperti Esports World Cup yang berasaskan kelab, ENC merupakan kejohanan dua tahun sekali yang menumpukan kepada persaingan berasaskan negara.

    Malaysia dijangka menjadi antara pencabar kuat khususnya dalam genre MOBA seperti Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of Kings. Dengan nilai pasaran e-sukan tempatan dianggarkan mencecah RM1.6 bilion menjelang 2025, penyertaan ini dilihat sebagai langkah penting untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri e-sukan global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kosmo

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured