Google kini mula memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menukar alamat e-mel Gmail mereka termasuk bahagian sebelum “@gmail.com”. Fungsi ini sebelum ini tidak tersedia kepada kebanyakan pengguna kerana alamat Gmail biasanya kekal selepas akaun dicipta.
Pelaksanaan ciri tersebut buat masa ini sedang dilancarkan secara berperingkat di AS. Melalui kemas kini baharu, pengguna boleh menukar alamat Gmail terus daripada tetapan akaun Google. Prosesnya melibatkan akses ke bahagian “Personal info”, kemudian memilih “Email” dan seterusnya “Google Account email”, sebelum menekan pilihan “Change Google Account email” untuk memilih alamat baharu.
Walaupun alamat e-mel utama boleh ditukar, alamat asal tidak akan dipadam sepenuhnya. Sebaliknya, alamat lama akan kekal sebagai alamat alternatif dalam akaun yang sama dan e-mel yang dihantar ke alamat tersebut masih boleh diterima oleh pengguna. Namun, Google menetapkan satu had penting kepada ciri ini.
Pengguna hanya dibenarkan menukar alamat Gmail mereka sekali setiap 12 bulan. Seperti kebanyakan kemas kini perkhidmatan Google, pelaksanaan ciri ini dijangka mengambil masa sebelum tersedia kepada semua akaun di seluruh dunia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







