More

    HONOR tukar arah, Siri N kini “flagship” dengan AI imaging dan cip Snapdragon Elite

    HONOR secara rasmi mengumumkan penjenamaan semula Siri N daripada kategori peranti kelas pertengahan kepada segmen perdana. Melalui penjenamaan semula, Siri N akan datang bakal dilengkapi gabungan perkakasan bertaraf tinggi serta teknologi pengimejan AI dengan fokus utama terhadap peningkatan keupayaan fotografi dan pengalaman pengguna secara menyeluruh.

    Selain itu, peranti dalam Siri N baharu akan dikuasakan cipset tahap Snapdragon Elite yang lazimnya digunakan dalam peranti mercu. Integrasi ini bertujuan memastikan prestasi lebih tinggi termasuk pemprosesan AI, kecekapan sistem dan kebolehan menangani tugasan berat tanpa menjejaskan penggunaan harian.

    Dalam aspek fotografi, HONOR memberi penekanan terhadap sistem telefoto yang telah dinaik taraf dengan peningkatan daripada segi kejelasan dan keupayaan tangkapan jarak jauh. Sistem direka untuk menghasilkan imej lebih tajam dan terperinci merentasi pelbagai situasi termasuk rakaman jarak jauh dan komposisi kompleks.

    Pada masa sama, teknologi pengimejan AI turut diperkasakan menerusi ciri “AI Image-to-Video” yang membolehkan gambar statik diubah menjadi video gaya sinematik. Untuk reka bentuk, Siri N baharu akan tampil dengan kemasan premium melalui penggunaan teknik cold carving yang meningkatkan ketepatan binaan serta memberikan sentuhan lebih halus dan tahan lasak.

    Sebagai tambahan, penjenamaan semula Siri N ke segmen mercu turut dijangka akan disertai peningkatan harga jualan, selari dengan naik taraf besar daripada segi perkakasan dan perisian yang dibawakan. Dengan penggunaan cipset tahap mercu serta penekanan terhadap teknologi pengimejan AI yang lebih maju, kos pembangunan dan komponen dilihat memainkan peranan dalam pelarasan harga ini.

    Pada masa sama, ia juga dilihat sebagai sejajar dengan trend semasa industri di mana kebanyakan jenama telefon pintar lain turut menaikkan harga bagi model terkini mereka. Walaupun begitu, pendekatan ini dipercayai masih mengekalkan fokus terhadap nilai kepada pengguna khususnya dalam menawarkan pengalaman setaraf peranti premium yang lebih menyeluruh.

    Maklumat lanjut mengenai Siri N ini dijangka diumumkan secara rasmi pada 9 April 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...