More

    Pertama dalam sejarah, NASA benarkan iPhone 17 Pro dibawa untuk orbit bulan

    Laporan antarabangsa baru-baru ini mendakwa bahawa Apple iPhone 17 Pro menjadi telefon pintar pertama dibawa ke Bulan menerusi misi Artemis II Moon Mission. Dakwaan ini timbul susulan sebuah video tular yang menunjukkan peranti tersebut berada dalam persekitaran mikrograviti di dalam kapal angkasa.

    Namun, semakan lanjut mendapati konteks sebenar adalah berbeza daripada naratif asal. Peranti berkenaan dilaporkan dibawa oleh angkasawan sebagai peranti peribadi dan digunakan untuk tujuan rakaman gambar serta video dalam keadaan tanpa graviti. Ia bukan sebahagian daripada peralatan rasmi misi atau digunakan untuk sebarang fungsi teknikal dalam operasi penerokaan angkasa oleh NASA.

    Dalam misi Artemis, keutamaan diberikan kepada instrumen saintifik dan sistem komunikasi khusus yang telah diuji untuk kegunaan angkasa. Telefon pintar komersial seperti iPhone tidak direka untuk memenuhi keperluan operasi ekstrem dan penggunaannya dalam kapal angkasa adalah terhad kepada dokumentasi tidak rasmi atau kegunaan ringan.

    Sehingga kini, tiada pengesahan bahawa mana-mana model iPhone termasuk iPhone 17 Pro telah digunakan secara rasmi dalam eksperimen atau sistem navigasi di Bulan. Ini juga bukan kali pertama iPhone berada di angkasa. Pada tahun 2011, dua unit Apple iPhone 4 telah dibawa menaiki misi kapal angkasa ulang-alik, namun penggunaannya adalah terhad kepada aplikasi khas yang mengandungi panduan langkah demi langkah untuk menjalankan eksperimen di stesen angkasa.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured