More

    realme Pad 3 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 7300-Max, skrin 120Hz dan bateri 12,200mAh berharga RM1,699

    Selain pelancaran siri realme 16 Pro dan fon teling baharu, realme Malaysia turut memperkenalkan tablet baharu iaitu realme Pad 3 5G. Peranti ini memfokuskan gabungan prestasi kelas pertengahan dengan ciri premium seperti paparan kadar segar semula tinggi dan bateri berkapasiti besar.

    Untuk paparan, realme Pad 3 5G hadir dengan skrin 11.6 inci beresolusi 2.8K dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut menggunakan nisbah unik 7:5 “Book-View” yang direka untuk memberikan pengalaman membaca, multitugas skrin dan pelayaran yang lebih natural.

    Paparannya juga menyokong lebih satu bilion warna dan perlindungan cahaya biru tahap perkakasan bagi mengurangkan keletihan mata untuk penggunaan jangka panjang. realme Pad 3 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300-Max digandingkan dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

    realme turut mendakwa peranti ini mampu mengekalkan sehingga 14 aplikasi aktif dalam satu masa. Baterinya pula berkapasiti 12,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W dan fungsi pengecasan berbalik. Walaupun membawa bateri besar, peranti masih mengekalkan badan yang nipis sekitar 6.6mm dengan berat kira-kira 578g.

    Ia turut dilengkapi sistem audio empat pembesar suara serta menjalankan realme UI 7.0 berasaskan Android 16 yang membawakan pelbagai ciri AI seperti pengurusan dokumen pintar, ringkasan rakaman dan Circle to Search.

    realme Pad 3 5G dijual pada harga RM1,699 dan didatangkan dengan dua aksesori percuma iaitu realme Smart Pen dan papan kekunci realme Pad 3 dengan nilai keseluruhan sehingga RM599. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...