More

    Acer lancar siri Swift AI dan desktop Aspire S di Malaysia dengan harga bermula RM4,399

    Acer Malaysia hari ini memperkenalkan barisan PC baharu berteraskan AI yang merangkumi komputer riba Swift Edge 14 AI, Swift Go 16 AI dan desktop serba guna siri Aspire S. Kesemua peranti dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra generasi terkini yang menyokong pengalaman Copilot+ PC untuk mengendalikan kecerdasan buatan.

    Acer turut menyertakan pelbagai ciri pintar seperti Acer PurifiedVoice, Acer PurifiedView, teknologi User Sensing dan Human Presence Detection yang menambah baik aspek keselamatan serta kemudahan penggunaan. Selain itu, Acer Intelligence Space Hub menyediakan akses kepada aplikasi AI tambahan manakala fungsi Acer MyKey membolehkan pengguna menetapkan pintasan khusus untuk akses pantas ke aplikasi dan fungsi dalam Windows 11.

    Swift Edge 14 AI tampil sebagai model premium yang menekankan mobiliti dengan berat kurang daripada 1kg dan ketebalan sekitar 14mm. Ia dibina menggunakan rangka aloi magnesium-aluminium yang tahan lasak dan memenuhi piawaian MIL-STD 810H. Peranti dilengkapi paparan 14 inci 3K OLED, pilihan cip Intel Core Ultra 7 atau Core Ultra 5 yang disokong oleh memori sehingga 32GB dan storan sehingga 1TB.

    Sementara itu, Swift Go 16 AI pula dikuasakan oleh cip Intel Core X7 358H bersama grafik terbina Intel Arc yang turut menyokong teknologi ray tracing bagi meningkatkan kualiti visual. Menariknya, ia mampu mengendalikan permainan seperti VALORANT dengan kadar bingkai melebihi 200fps. Paparannya menggunakan skrin 16 inci 3K OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan tiba dengan berat sekitar 1.36kg.

    Acer turut memperkenalkan desktop serba guna Siri Aspire S yang dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra 7 155U atau Core Ultra 5 125U bersama grafik Intel Arc serta disokong oleh memori DDR5 sehingga 32GB dan storan sehingga 1TB. Ia hadir dengan pilihan paparan 23.8 inci atau 27 inci Full HD yang menyokong sentuhan dan kadar segar semula sehingga 144Hz, selain dilengkapi kamera web 1080p IR dengan penutup privasi serta reka bentuk ergonomik.

    Untuk harga, Swift Edge 14 AI ditawarkan pada harga bermula RM5,899 hingga RM6,999 manakala Swift Go 16 AI dijual pada harga RM6,999 dengan potongan RM1,000 sempena pelancaran. Desktop Aspire S AIO pula ditawarkan pada harga bermula RM4,399 hingga RM5,499 bergantung kepada konfigurasi.

    Swift Go 16 AI dan Aspire S AIO kini tersedia di Malaysia sementara Swift Edge 14 AI dibuka untuk tempahan sehingga 27 April 2026 sebelum mula tersedia pada 21 April. Sempena pelancaran, pembeli turut akan menerima pelbagai hadiah percuma termasuk aksesori Acer serta kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM250.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...