More

    Acer Malaysia turut lancar monitor Predator OLED dan siri Nitro KG3 bermula RM479

    Acer Malaysia mengumumkan kemas kini barisan paparan gaming premium menerusi pelancaran Predator X27U F5, Predator X34 X5 dan siri Nitro KG3. Predator X27U F5 menjadi tumpuan utama dengan paparan OLED WQHD sekitar 26.5 inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 500Hz dan masa tindak balas 0.03ms.

    Ia turut menyokong mod dinamik yang membolehkan pengguna beralih kepada 500Hz pada resolusi FHD untuk permainan kompetitif atau WQHD untuk visual lebih tajam. Paparannya menawarkan liputan DCI-P3 99 peratus, Delta E kurang daripada 2 serta pensijilan VESA DisplayHDR True Black 500 selain sokongan AMD FreeSync Premium Pro. Sambungan merangkumi HDMI 2.1, DisplayPort 1.4 dan USB-C 65W bersama ciri ergonomik dan BlueLightShield Pro.

    Turut diperkenalkan ialah Predator X34 X5 dengan paparan OLED ultra lebar 34 inci UWQHD melengkung 1800R yang menyokong kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas 0.03ms. Monitor ini menawarkan visual imersif dengan sokongan VESA DisplayHDR True Black 400, liputan warna DCI-P3 99 peratus serta ketepatan Delta E kurang daripada 1, di samping keserasian AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC.

    Bagi pilihan lebih mampu milik, siri Nitro KG3 hadir dalam saiz 23.8 inci dan 27 inci dengan panel IPS WQHD, kadar segar semula 144Hz dan masa tindak balas 1ms VRB. Ia turut menyokong AMD FreeSync dan HDR10 dalam reka bentuk nipis ZeroFrame yang sesuai untuk pelbagai konfigurasi. Kesemua model dilengkapi teknologi Acer VisionCare dan ciri ergonomik dengan model Predator menerima jaminan tiga tahun termasuk perlindungan burn-in OLED manakala siri Nitro hadir dengan jaminan ambilan dan pulangan tiga tahun.

    Predator X27U F5 ditawarkan pada harga RM2,899 atau RM2,599 sempena promosi manakala Predator X34 X5 berharga RM3,499 atau RM3,099. Nitro KG243YU P1 pula dijual pada RM479 sementara KG273U P1 pada RM549 dengan tempahan sehingga 20 April 2026. Semua model kini tersedia melalui penjual rasmi Acer dengan promosi berlangsung sehingga 14 April 2026.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured