More

    Samsung Malaysia anjur jerayawara siri Galaxy S26, tawar rebat RM800 dan hadiah menarik

    Samsung Malaysia mengumumkan program jerayawara nasional bagi siri Samsung Galaxy S26 sempena pelancarannya untuk pasaran tempatan. Siri ini diperkenalkan sebagai telefon pintar berasaskan AI dengan beberapa fungsi utama termasuk Horizontal Lock untuk kestabilan video, Creative Studio bagi penghasilan kandungan, integrasi SmartThings AI untuk kawalan peranti rumah pintar, serta Privacy Display untuk perlindungan paparan.

    Jerayawara anjuran Samsung Malaysia dijadualkan berlangsung di beberapa lokasi utama iaitu KLCC dan Mid Valley Southkey dari 8 hingga 12 April diikuti Sunway Pyramid dan Queensbay Mall dari 22 hingga 26 April serta Pavilion Bukit Jalil dari 6 hingga 10 Mei. Setiap lokasi menyediakan zon pengalaman produk, demonstrasi fungsi serta sesi bengkel bersama rakan kolaborasi dan pencipta kandungan tempatan.

    Pilihan warna untuk model Ultra termasuk Cobalt Violet, putih, hitam dan biru. Sepanjang tempoh promosi sehingga 3 Mei 2026, pembeli layak menerima rebat sehingga RM800 melalui bank terpilih serta penebusan sehingga RM400 melalui Samsung Rewards. Promosi tambahan termasuk diskaun 10% untuk Galaxy Buds4 Series sehingga 31 Mei 2026 bagi pembelian peranti terpilih serta potongan sehingga RM200 untuk pelan Samsung Care+ tiga tahun.

    Dalam tempoh jerayawara, pembeli juga layak menyertai kempen “Unlock the Vault” dan “Spend & Win” yang menawarkan hadiah termasuk televisyen Neo QLED 65 inci, soundbar dan penapis udara. Selain itu, 30 pembeli terawal Galaxy S26 Ultra pada hari pertama setiap lokasi akan menerima penapis udara manakala pembelian di stor terpilih turut disertakan Galaxy Fit3.

    Model Galaxy S26 ditawarkan bermula RM5,199, Galaxy S26+ pula bermula RM6,199 manakala Galaxy S26 Ultra bermula RM5,999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...