More

    Apple kekalkan strategi warna “trendy”, iPhone 18 Pro muncul dalam warna merah

    Melalui khabar angin terbaharu, siri iPhone 18 Pro dilaporkan bakal memperkenalkan kemasan warna merah gelap. Langkah ini dilihat sebagai kesinambungan strategi Apple yang sebelum ini menjadikan pilihan warna sebagai elemen utama tarikan susulan kejayaan kemasan “Starry Orange” pada iPhone 17 Pro yang mencetuskan trend dalam industri.

    Pendekatan tersebut turut memberi kesan kepada pengeluar Android lain dengan beberapa jenama dilaporkan mula bereksperimen dengan tona warna serupa yang mengulangi kitaran “copycat” yang sering berlaku dalam pasaran telefon pintar. iPhone 18 Pro juga dijangka hadir dengan nisbah skrin-ke-badan lebih tinggi.

    Laporan awal menunjukkan Apple sedang mengurangkan saiz potongan hadapan (front cutout) daripada 20.76mm kepada sekitar 13.49mm iaitu pengurangan kira-kira 35 peratus. Perubahan ini dijangka memberikan pengalaman paparan lebih luas walaupun perbezaannya mungkin lebih ketara pada spesifikasi berbanding penggunaan harian.

    Untuk prestasi, siri ini dikatakan bakal menggunakan cip A20 Pro yang berpotensi menjadi antara cip telefon pintar terawal dibina menggunakan proses 2nm oleh TSMC. Dalam perkembangan sama, Apple turut diramal akan memperkenalkan iPhone Ultra iaitu peranti boleh lipat pertama mereka seiring pelancaran siri iPhone 18.

    Walau bagaimanapun, semua maklumat masih di peringkat awal dan belum disahkan secara rasmi dengan lebih banyak butiran dijangka muncul menjelang pengumuman rasmi kelak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...