More

    Google lancar ciri Personal Intelligence untuk pengguna Gemini di Malaysia

    Google melancarkan ciri Personal Intelligence dalam aplikasi Gemini untuk pengguna di Malaysia yang membolehkan sistem AI tersebut mengakses dan menggabungkan data daripada aplikasi lain miliknya bagi memberikan jawapan yang lebih kontekstual serta diperibadikan. Ciri ini menyokong integrasi dengan Gmail, Google Photos, YouTube dan Google Search dengan akses hanya diberikan selepas pengguna mengaktifkannya secara manual.

    Pengguna juga boleh memilih aplikasi mana yang ingin disambungkan serta mematikan fungsi tersebut pada bila-bila masa. Melalui Personal Intelligence, Gemini mampu menganalisis maklumat merentas teks, imej dan video serta mengambil data spesifik daripada kandungan peribadi seperti emel dan foto untuk menjawab pertanyaan.

    Dalam satu senario, sistem ini boleh menggabungkan maklumat tempahan daripada Gmail, mengenal pasti imej berkaitan dalam Google Photos dan mencadangkan lokasi berdasarkan sejarah tontonan di YouTube untuk menghasilkan jawapan yang lebih lengkap tanpa perlu pengguna menyemak setiap aplikasi secara berasingan.

    Google menyatakan ciri ini dibangunkan dengan pendekatan privasi sebagai keutamaan yang mana data pengguna hanya digunakan untuk memenuhi permintaan yang dibuat dan tidak diaktifkan secara automatik. Gemini juga akan cuba menunjukkan sumber maklumat yang digunakan dalam jawapan bagi membolehkan pengguna membuat semakan.

    Selain itu, data daripada Gmail atau Google Photos tidak digunakan secara langsung untuk melatih model, sebaliknya latihan hanya melibatkan data terhad seperti prompt dan respons yang telah ditapis bagi melindungi maklumat peribadi. Walaupun telah diuji, Google mengakui ciri ini masih dalam fasa beta dan berpotensi menghasilkan jawapan tidak tepat atau membuat kaitan yang tidak relevan antara data.

    Sistem juga mungkin menghadapi kesukaran memahami konteks tertentu atau perubahan situasi pengguna dan pengguna disaran memberikan maklum balas untuk penambahbaikan. Pelancaran ini dilakukan secara berperingkat kepada pelanggan pelan berbayar Google AI termasuk Plus, Pro dan Ultra di Malaysia dengan sokongan untuk pengguna percuma dijangka diperluaskan dalam masa terdekat.

    Ciri ini boleh digunakan merentas platform Web, Android dan iOS melalui tetapan dalam aplikasi Gemini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Malaysia

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured