More

    Selepas 4 tahun, AmBank akhirnya tambah sokongan Apple Pay untuk kad debit

    AmBank Group mengumumkan sokongan baharu untuk kad debit melalui Apple Pay dan memperluaskan fungsi pembayaran digitalnya yang sebelum ini terhad kepada kad kredit sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2022. Kemas kini baharu membolehkan pelanggan menggunakan kad debit untuk pembayaran tanpa sentuh secara terus daripada akaun bank.

    Sistem diintegrasi terus kepada rangkaian Payments Network Malaysia yang mengendalikan sistem MyDebit. Ini membolehkan transaksi diproses secara tempatan dalam infrastruktur pembayaran nasional Malaysia. Dengan sokongan MyDebit, pengguna boleh membuat pembayaran di pelbagai premis menggunakan Apple Pay.

    Pengalaman penggunaan kekal sama yang mana pengguna hanya perlu menekan butang sisi pada iPhone atau Apple Watch, mengesahkan identiti melalui Face ID, Touch ID atau kod laluan, sebelum mendekatkan peranti ke terminal pembayaran untuk melengkapkan transaksi. Untuk keselamatan, Apple Pay tidak menyimpan nombor kad sebenar pada peranti atau pelayan.

    Sebaliknya, nombor akaun peranti unik dijana, disulitkan dan disimpan dalam Secure Element pada peranti. Selain pembayaran fizikal, kad debit juga boleh digunakan untuk transaksi dalam talian dan dalam aplikasi tanpa perlu memasukkan maklumat pembayaran berulang kali dengan ganjaran kad sedia ada masih dikekalkan.

    Bagi menggalakkan penggunaan, AmBank turut menawarkan kempen pulangan tunai terhad di mana pelanggan yang melakukan sekurang-kurangnya tiga transaksi bernilai minimum RM30 setiap satu dalam tempoh sebulan akan menerima pulangan tunai RM30. Tawaran terhad kepada satu penebusan bagi setiap pelanggan dan tertakluk kepada ketersediaan.

    Sebelum ini, AmBank turut menyokong Google Pay sejak 2023, namun fungsi tersebut masih terhad kepada kad kredit. Setakat ini, sokongan MyDebit hanya tersedia melalui Apple Pay dan tiada pengesahan sama ada sokongan kad debit akan diperluaskan ke Google Pay. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AmBank

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured