More

    Apple kurangkan emisi lebih 60%, MacBook Neo jadi peranti ujian rendah karbon

    Apple melaporkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau melebihi 60% sejak 2015 dengan sasaran 75% menjelang 2030. Pengurangan berpunca daripada perubahan reka bentuk produk, penggunaan tenaga dalam rantaian bekalan dan peningkatan bahan kitar semula. MacBook Neo diperkenalkan sebagai model dengan jejak karbon sekitar 100 kg CO₂e iaitu 25 hingga 50% lebih rendah berbanding komputer riba biasa.

    Ia dibangunkan menggunakan pendekatan reka bentuk rendah karbon yang memfokuskan penggunaan tenaga, bahan dan logistik. Untuk bahan pembuatan, Apple mencapai penggunaan 100% kitar semula bagi beberapa komponen utama termasuk cobalt, tin, elemen nadir bumi dan saduran emas papan litar.

    Secara keseluruhan, 30% bahan pada 2025 terdiri daripada sumber kitar semula manakala MacBook Neo menggunakan sehingga 60%. Penggunaan aluminium turut dikurangkan sebanyak 50%. Dalam rantaian bekalan, sebanyak 20GW tenaga boleh diperbaharui kini digunakan yang mampu mengelakkan sekitar 26 juta tan metrik pelepasan karbon setahun.

    Sasaran seterusnya adalah memadankan penggunaan elektrik peranti pelanggan dengan tenaga bersih menjelang 2030. Sebanyak 15.6 juta peranti digunakan semula atau dijual kembali pada 2025 manakala 43,000 tan sisa elektronik dikitar semula. Apple turut menggunakan sistem robotik seperti Daisy, Dave dan Taz serta sistem baharu Ore bagi meningkatkan pemulihan bahan.

    Lebih 50% penggunaan air operasi telah diganti semula dengan kadar guna semula pembekal pada 43%. Sebanyak 17 bilion gelen air dijimatkan manakala proses tertentu mampu mengitar semula sehingga 70% air. Secara keseluruhan, baki sasaran menuju 2030 dijangka lebih mencabar khususnya dalam mengurangkan emisi pada peringkat penggunaan dan rantaian bekalan global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...