More

    OPPO Find X9 Ultra dan Find X9s rasmi di Malaysia, harga bermula RM3,899

    OPPO secara rasmi memperkenalkan dua model baharu dalam siri Find X9 iaitu OPPO Find X9 Ultra dan OPPO Find X9s. Bagi Find X9 Ultra, peningkatan utama terletak pada sistem kamera lima lensa. Ia hadir dengan kanta telefoto periskop 50MP yang menyokong zum optik 10x dan menggunakan struktur pentaprisme bagi memendekkan modul sehingga sekitar 30%.

    Sistemnya menyokong zum sehingga 20x pada kualiti optik dengan kawalan cahaya sesat hampir sifar serta penstabilan imej optik anjakan sensor untuk rakaman jarak jauh yang lebih stabil. Kamera utama pula menggunakan sensor 200MP bersaiz 1/1.12 inci (Sony LYTIA 901) dengan apertur f/1.5.

    Ia turut dipadankan dengan kanta telefoto 200MP 3x yang menyokong fokus dekat sehingga 15cm sesuai untuk fotografi makro. Sistem ini dilengkapkan dengan lensa ultra lebar 50MP serta sensor warna multispektral meliputi jarak fokus 14mm hingga 460mm. Mod Hasselblad menyokong output JPEG dan RAW sehingga 50MP dengan enam panjang fokus tetap serta sembilan gaya filem.

    OPPO juga menyediakan aksesori tambahan termasuk teleconverter 300mm yang mampu mencapai zum optik setara 13x apabila digabungkan dengan sensor utama. Keupayaan video menjadi antara fokus utama dengan sokongan rakaman Dolby Vision 4K 60fps, 4K 120fps dan 8K 30fps. Sistem ini turut memperkenalkan O-Log2, sokongan 3D LUT serta pensijilan ACES untuk aliran kerja pasca produksi.

    Find X9 Ultra dilengkapi skrin AMOLED QHD+ 6.82 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksimum 3600 nits. Ia dijana cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama sistem penyejukan cecair. Bateri berkapasiti 7050mAh menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W wayarles. Reka bentuknya diinspirasikan daripada kamera profesional dengan kemasan kulit vegan atau gentian aeroangkasa serta penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68 dan IP69.

    Selain itu, Find X9 Ultra menjalankan ColorOS 16 dengan integrasi fungsi AI seperti pengurusan kandungan dan notifikasi pintar. Sementara itu, Find X9s hadir sebagai model lebih ringan dengan ketebalan 7.99mm dan skrin 6.59 inci. Ia menggunakan konfigurasi tiga kamera 50MP termasuk telefoto periskop 3x dan menyokong zum AI sehingga 120x serta rakaman Dolby Vision 4K 60fps.

    Model ini menumpukan kepada ketahanan bateri dengan kapasiti 7025mAh serta pengecasan pantas 80W. Ia turut menggunakan teknologi bateri silikon karbon bagi meningkatkan ketumpatan tenaga dalam badan lebih nipis. Find X9s tiba dengan cip Dimensity 9500S 3nm bersama sistem penyejukan cecair. Find X9s juga menyokong penarafan IP66, IP68 dan IP69, pengimbas cap jari ultrasonik serta fungsi operasi skrin basah.

    Di Malaysia, Find X9 Ultra ditawarkan pada harga RM6,799 (12/512GB) dan RM7,799 (16/TB) dengan tempahan dibuka sehingga 7 Mei 2026 manakala Find X9s ditawarkan pada harga RM3,899 (12/512GB),dengan diskaun tempahan RM300 sehingga tarikh yang sama. Secara ringkas, Find X9 Ultra memberi fokus kepada keupayaan kamera dan video tahap tinggi manakala Find X9s menumpukan keseimbangan antara prestasi, bateri dan penggunaan harian.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured