More

    Samsung SmartThings kini sokong peranti IKEA tanpa perlu hub tambahan

    Samsung Electronics mengumumkan integrasi baharu dalam ekosistem rumah pintar SmartThings yang kini membolehkan peranti IKEA disambung terus tanpa memerlukan hub tambahan. Sebelum ini, pengguna perlu memiliki kedua-dua hub SmartThings dan hub IKEA untuk menghubungkan peranti.

    Kini, peranti pintar IKEA boleh dipaut terus ke SmartThings hub yang memudahkan proses pemasangan dan mengurangkan kebergantungan kepada perkakasan tambahan. Sebanyak 25 peranti IKEA kini disokong termasuk mentol pintar, plug, sensor suhu dan kelembapan, sensor kualiti udara, sensor gerakan, sensor pintu serta pengesan kebocoran air.

    Antara fungsi yang ditonjolkan ialah automasi rumah pintar yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, sensor kualiti udara IKEA boleh mengesan kelembapan dan secara automatik mengaktifkan mod penyahlembapan pada penghawa dingin Samsung. Samsung turut menekankan penggunaan alat kawalan “scroll wheel remote” sebagai antara peranti utama.

    Ia membolehkan pengguna melaras kecerahan dan suhu warna lampu pintar hanya dengan memutar roda selain turut digunakan untuk mengawal peranti lain seperti bidai pintar. Menurut Samsung, integrasi ini bertujuan memudahkan pengguna baharu memasuki ekosistem rumah pintar tanpa kos tambahan yang tinggi sambil mengekalkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

    Secara keseluruhan, langkah ini memperluas ekosistem SmartThings dengan pendekatan lebih terbuka, memudahkan integrasi peranti pelbagai jenama dalam satu platform tanpa keperluan konfigurasi kompleks. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...