More

    HONOR Pad X8b LTE, fon telinga dan jam pintar baharu turut rasmi di Malaysia bermula RM199

    Selain siri HONOR 600, HONOR juga memperluaskan ekosistem peranti AIoT di Malaysia dengan pelancaran tablet mampu milik HONOR Pad X8b LTE bersama beberapa peranti audio dan boleh pakai. HONOR Pad X8b LTE tiba dengan sokongan rangkaian LTE terbina dalam dan paparan 11 inci yang menyokong ciri keselesaan mata seperti Dynamic Dimming dan E-ink Mode serta pensijilan TÜV Rheinland.

    Tablet turut dilengkapi pensijilan SGS untuk rintangan jatuhan dan tekanan. Baterinya pula berkapasiti 10,100mAh. Ia ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu RAM 12GB (6GB Turbo RAM) dengan storan 128GB dan RAM 16GB (8GB Turbo RAM) dengan storan 256GB. Kedua-duanya menyokong pengembangan storan sehingga 2TB melalui kad MicroSD.

    Selain tablet, HONOR turut memperkenalkan beberapa produk audio. Antara yang menarik ialah HONOR CHOICE MouseBuds Pro iaitu peranti gabungan tetikus wayarles dan fon telinga dalam satu unit. Ia menyokong sambungan terus melalui penerima USB tanpa proses padanan manual selain mod berasingan untuk penggunaan dengan telefon pintar.

    Tetikus juga dilengkapi ANC adaptif dan sistem dwi mikrofon dengan sokongan AI untuk panggilan lebih jelas serta penggunaan sehingga tujuh jam. Barisan audio lain termasuk HONOR Earbuds 4 dengan sokongan pembatalan hingar aktif sehingga 50dB dan hayat bateri sehingga 46 jam. Turut diumumkan ialah HONOR CHOICE Earbuds Clip 2 Pro berkonsep terbuka untuk keselesaan penggunaan jangka panjang serta HONOR Earbuds A Pro dengan pemacu audio 12.4mm.

    Dalam segmen peranti boleh pakai, HONOR memperkenalkan HONOR CHOICE Watch 2 Pro yang menyokong GNSS kendiri, barometer dan kompas untuk aktiviti luar. HONOR Watch X5i pula tiba sebagai pilihan peringkat asas dengan fungsi pemantauan kesihatan dan notifikasi pintar. Di Malaysia, HONOR Pad X8b LTE dijual pada harga RM799 untuk varian 128GB dan RM999 untuk varian 256GB.

    Setiap pembelian turut disertakan aksesori percuma masing-masing berupa flip cover atau papan kekunci Bluetooth. HONOR CHOICE Watch 2 Pro dijual pada harga RM399 manakala HONOR Watch X5i pada RM329. Produk audio pula bermula dari RM199 hingga RM499 manakala MouseBuds Pro berharga RM359. Semua peranti audio dan boleh pakai akan mula dijual di Malaysia bermula Mei 2026.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured