More

    Siri nubia Neo 5 tiba dengan skrin 144Hz, bateri 6,210mAh dan Neo Triggers 5.0 bermula RM1,299

    nubia mengumumkan pelancaran siri telefon pintar gaming terbaharu nubia Neo 5 5G dan nubia Neo 5 GT 5G di Malaysia dengan fokus utama terhadap prestasi permainan pada harga lebih mampu milik. Kedua-dua model dibangunkan untuk memenuhi keperluan gamer melalui gabungan paparan kadar segar tinggi, bateri berkapasiti besar dan kawalan tambahan.

    nubia Neo 5 5G hadir dengan skrin 6.8 inci 120Hz yang dipadankan dengan bateri 6,050mAh bersama pengecasan pantas 45W serta sokongan bypass charging bagi mengurangkan haba ketika bermain sambil mengecas. Sementara itu, nubia Neo 5 GT 5G menawarkan spesifikasi lebih agresif dengan skrin AMOLED 6.8 inci beresolusi 1.5K dan kadar segar 144Hz selain kadar pensampelan sentuhan sehingga 3049Hz.

    Ia dilengkapi bateri 6,210mAh dengan pengecasan pantas 80W serta sistem penyejukan berasaskan aliran udara yang diinspirasikan daripada siri REDMAGIC. Kedua-dua peranti turut menampilkan Neo Triggers 5.0 dengan kadar respons 550Hz bagi memberikan kawalan lebih tepat khususnya untuk permainan FPS dan MOBA. Teknologi Magic Touch 3.0 pula memastikan skrin kekal responsif walaupun dalam keadaan jari basah atau berpeluh.

    Untuk perisian, nubia memperkenalkan AI Copilot Demi 2.0 yang menawarkan bantuan dalam permainan termasuk analisis prestasi masa nyata, chatbot sokongan dan fungsi auto-reply mesej ketika sesi gaming berlangsung selain ciri tambahan seperti terjemahan masa nyata, pengesanan penipuan serta penjanaan kandungan.

    Sebagai nilai tambah, nubia turut menjalinkan kerjasama dengan Delta Force melalui penawaran pembungkusan khas bertemakan permainan tersebut manakala unit terpilih khususnya model GT akan didatangkan dengan aksesori gaming sebagai sebahagian daripada promosi awal selagi stok masih ada. nubia Neo 5 Series 5G dibuka untuk tempahan dari 14 hingga 29 April 2026 dan akan mula dijual di Malaysia bermula 30 April 2026.

    Harga yang ditawarkan adalah RM1,199 untuk nubia Neo 5 5G (8/256GB) bagi promosi pembelian awal manakala nubia Neo 5 GT 5G pula dijual pada harga RM1,799 untuk varian 12/256GB dan RM1,999 untuk 12/512GB. Setiap pembelian turut disertakan hadiah percuma termasuk lanjutan jaminan 1+1 tahun serta perlindungan skrin selama setahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured