More

    JPJ naik taraf MyJPJ — Kini lebih laju, ada “chatbot” 24 jam dan sokongan MyDigital ID

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan versi baharu aplikasi MyJPJ dengan penambahbaikan daripada segi prestasi, fungsi dan keselamatan dalam usaha memperkukuh penggunaan perkhidmatan digital dalam kalangan pengguna jalan raya.

    Kemas kini baharu memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna yang lebih lancar termasuk akses lebih pantas untuk semakan maklumat penting seperti lesen memandu, cukai jalan (LKM), saman serta perkhidmatan berkaitan seperti JPJeBid dan JPJeQ dalam satu platform.

    Antara penambahan utama ialah sokongan chatbot yang beroperasi 24 jam bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat atau panduan secara segera tanpa perlu melalui saluran manual. Selain itu, mod “guest” turut diperkenalkan bagi membolehkan akses asas tanpa log masuk penuh yang memudahkan penggunaan dalam situasi tertentu.

    Aplikasi MyJPJ kini menyokong integrasi MyDigital ID bagi memperkukuh pengesahan identiti pengguna serta melindungi akses kepada data sensitif. JPJ dilihat mengambil langkah memperluas penggunaan platform digital selari dengan keperluan pengguna yang semakin bergantung kepada akses mudah alih untuk perkhidmatan kerajaan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Muat Turun: Google Play|App Store

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...