More

    Infinix GT 50 Pro bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 5 Mei ini

    Infinix mengesahkan pelancaran rasmi Infinix GT 50 Pro pada di Malaysia bakal diadakan pada 5 Mei ini. Ia menampilkan sistem penyejukan micro-pump liquid cooling terbesar yang menjadi teras kepada seni bina HydroFlow Liquid Cooling dan direka untuk mengawal suhu secara lebih efisien dengan liputan terus ke atas cipset.

    Pendekatan ini membolehkan peranti mengekalkan prestasi stabil walaupun digunakan dalam sesi permainan yang panjang. GT 50 Pro menyokong teknologi Native 144FPS yang memberikan kadar bingkai tinggi secara langsung di peringkat perkakasan tanpa bergantung kepada teknik simulasi.

    Ia dioptimumkan untuk beberapa judul esports popular termasuk Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire dan Call of Duty: Mobile. Infinix juga memperkenalkan sistem Open-Cut Pressure-Sense GT Trigger iaitu pencetus mekanikal dengan sokongan input dua tahap termasuk tekanan ringan, kuat dan gerakan gelongsor.

    Sistem ini direka untuk meniru kawalan konsol dengan latensi di bawah 20 milisaat. Selain fungsi gaming, GT Trigger turut berfungsi sebagai pintasan kawalan harian termasuk tangkapan skrin, rakaman skrin, pelancaran aplikasi, kawalan kamera dan media. Ia juga boleh digunakan untuk mengaktifkan pembantu AI terbina Folax AI melalui input gestur tanpa perlu interaksi skrin penuh.

    Dengan gabungan penyejukan agresif, kadar bingkai tinggi dan kawalan fizikal, GT 50 Pro dilihat mensasarkan pengguna yang mahukan prestasi stabil dalam tempoh panjang tanpa kompromi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured