More

    Selepas Kampung Digital, kerajaan Melaka kini bangunkan sistem Kubur Digital

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mengumumkan empat tanah perkuburan di negeri itu akan menjadi perintis kepada pelaksanaan inisiatif “Kubur Digital” yang sedang dibangunkan kerajaan negeri.

    Menurut beliau, pendekatan ini bertujuan memudahkan waris mengesan lokasi kubur ahli keluarga secara lebih teratur dan efisien melalui sistem digital. Sebagai fasa permulaan, proses pengumpulan data sedang dijalankan melibatkan maklumat kubur serta pengenalpastian waris bagi setiap lokasi terlibat.

    Empat tanah perkuburan yang dipilih ialah:

    • Kampung Hilir (427 kubur)
    • Kampung Seri Tambak (319 kubur)
    • Kampung Seri Jeram (479 kubur)
    • Kampung Pulau Tengah (427 kubur)

    Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rauf Yusoh turut memaklumkan bahawa inisiatif Kampung Digital di negeri itu menunjukkan perkembangan signifikan dengan lebih 82,000 kediaman dan premis telah didaftarkan setakat ini.

    Selain itu, sebanyak 5,535 MyKad telah dikeluarkan dengan alamat baharu berasaskan sistem kampung digital. Pelaksanaan “Kubur Digital” dilihat sebagai lanjutan kepada agenda pendigitalan negeri dengan fokus meningkatkan kecekapan pengurusan serta kemudahan akses maklumat kepada rakyat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Melaka Hari Ini

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...