More

    YouTube TV perkenal “Custom Multiview”, boleh tonton berbilang video serentak

    YouTube TV kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna membina paparan berbilang tontonan (multiview) sendiri dengan memilih beberapa saluran untuk ditonton serentak dalam satu skrin. Sebelum ini, fungsi multiview di YouTube TV hanya ditetapkan oleh sistem dan terhad kepada acara tertentu seperti sukan utama.

    Dengan kemas kini baharu, pengguna diberi lebih kawalan untuk memilih kombinasi saluran mengikut keperluan masing-masing. Melalui ciri “custom multiview”, pengguna boleh memilih saluran daripada beberapa kategori seperti Recommended, Sports, News, Shows, Movies dan lain-lain.

    Paparannya membolehkan beberapa siaran langsung dipaparkan serentak tanpa perlu bertukar antara siaran. Namun, fungsi ini masih mempunyai beberapa had. Ia hanya menyokong siaran langsung dan tidak boleh digunakan untuk kandungan on-demand atau rakaman DVR. Selain itu, tidak semua saluran atau kandungan tersedia untuk dimasukkan ke dalam mod multiview.

    Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat ke TV, telefon pintar dan tablet. Peranti lama mungkin hanya menyokong versi multiview terhad tanpa pilihan penyesuaian penuh manakala sokongan untuk pelayar web masih belum disediakan secara natif.

    Pengenalan custom multiview ini dilihat sebagai peningkatan besar kepada pengalaman pengguna khususnya bagi penonton sukan dan berita yang sering mengikuti beberapa siaran secara serentak dalam satu masa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...