More

    Hata Digital jadi bursa aset digital pertama di Malaysia patuh Syariah

    Hata Digital Sdn Bhd mencipta sejarah apabila menjadi bursa aset digital pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Syariah sepenuhnya. Platform yang beroperasi sebagai Digital Asset Exchange (DAX) berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia itu memperoleh pengiktirafan selepas melalui proses penilaian menyeluruh selama setahun oleh Amanie Advisors Sdn Bhd.

    Penilaian tersebut merangkumi keseluruhan operasi dan struktur platform termasuk perkhidmatan broker dan bursa digital, pemilihan dan penyaringan aset digital, pengurusan dompet, akaun amanah, pengendalian deposit, perkhidmatan staking, struktur yuran serta kawalan pematuhan Syariah.

    Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab kewangan Islam global selari dengan pengiktirafan dalam Indeks Pembangunan Kewangan Islam Global 2025. Hata merekodkan jumlah transaksi melebihi RM1.04 bilion sepanjang 2025 dengan deposit fiat bulanan tertinggi mencecah RM28.7 juta yang menandakan pertumbuhan kukuh dalam kalangan pengguna tempatan yang kini mempunyai lebih 218,000 pengguna.

    Dengan pasaran fintech Islam global dijangka mencecah USD341 bilion menjelang 2029, ia dilihat sebagai langkah penting untuk merapatkan jurang antara inovasi aset digital dan prinsip kewangan Islam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Hata

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured