More

    Apple pertimbangkan Samsung dan Intel sebagai pembekal cip baharu

    Apple dilaporkan sedang mempertimbangkan perubahan besar dalam strategi rantaian bekalan cip dengan membuka rundingan awal bersama Intel dan Samsung. Langkah ini menandakan potensi pengakhiran dominasi tunggal TSMC sebagai pembekal cip Apple sejak 2014, bermula dengan pengeluaran cip A8. Sejak itu, TSMC kekal sebagai satu-satunya foundry untuk Apple.

    Perubahan strategi didorong oleh keperluan mendesak untuk mempelbagaikan sumber pengeluaran susulan gangguan rantaian bekalan global dan peningkatan permintaan cip akibat ledakan pusat data AI. Apple sendiri mengakui dalam laporan pendapatan terbaharu bahawa kebergantungan sepenuhnya kepada TSMC berpotensi menjadi risiko jangka panjang.

    Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, beberapa eksekutif kanan Apple dilaporkan telah melawat fasiliti pengeluaran Samsung di Texas yang dijangka mula menghasilkan cip berteknologi maju dalam masa terdekat. Langkah ini hadir seiring penstrukturan dalaman Apple yang menyaksikan penggabungan pasukan kejuruteraan perkakasan dan teknologi perkakasan bawah pimpinan Ketua Pegawai Perkakasan, Johny Srouji.

    Namun, cabaran utama kekal adalah mencari pengeluar yang mampu memenuhi skala pengeluaran besar dengan kadar hasil yang konsisten. Setakat ini, hanya TSMC berjaya memenuhi standard ketat Apple yang meletakkan tekanan tinggi kepada Intel dan Samsung untuk meningkatkan keupayaan mereka jika mahu merebut kontrak bernilai tinggi tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured