More

    Siri iQOO Z11 5G dilancar di Malaysia dengan skrin 144Hz dan bateri 9020mAh bermula RM1,299

    iQOO Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan dua model baharu dalam siri Z11 iaitu iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G dengan fokus utama kepada bateri berkapasiti besar, prestasi konsisten dan ketahanan tinggi untuk kegunaan harian serta gaming. Model utama, iQOO Z11 5G tampil dengan bateri Silicon BlueVolt berkapasiti 9020mAh yang menyokong 90W FlashCharge.

    Ia dilengkapi pelbagai ciri perlindungan termasuk pengecasan semalaman, pemantauan keselamatan masa nyata dan teknologi Bypass Charging bagi mengurangkan tekanan haba ketika sesi gaming panjang. Peranti menggunakan panel AMOLED 6.83 inci dengan resolusi 1.5K (2800×1260), kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits.

    Prestasi pula dipacu cip Snapdragon 7s Gen 4 digandingkan dengan RAM sehingga 12GB + 12GB RAM tambahan dan storan UFS 3.1. Sistem turut disokong teknologi pemampatan storan yang mampu membebaskan sehingga 20GB ruang tambahan. Untuk kawalan haba, peranti dilengkapi sistem penyejukan IceCore VC 7000mm² yang mampu menurunkan suhu CPU sehingga 15°C.

    Untuk kamera, iQOO Z11 5G hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 lengkap dengan OIS, mod malam RAWHDR serta sokongan rakaman video sehingga 4K 30fps bagi kamera hadapan dan belakang. Selain itu, ia menyokong penarafan IP68 dan IP69, pensijilan gred tentera serta perlindungan skrin Shield Glass. Peranti menjalankan sistem operasi OriginOS 6 dengan jaminan sehingga 3 tahun kemas kini OS dan 5 tahun keselamatan.

    Bagi model lebih mampu milik, iQOO Z11x 5G pula dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7400 Turbo, bersama bateri 7200mAh dan sokongan 44W FlashCharge. Ia turut mengekalkan penarafan ketahanan IP68 dan IP69. Di Malaysia, iQOO Z11 5G ditawarkan pada harga RM2,199 untuk varian 12/256GB manakala versi 8/256GB (dalam talian sahaja) berharga RM1,899.

    Sementara itu, iQOO Z11x 5G dijual pada harga RM1,599 (8/256GB) dan RM1,299 (8/128GB). Sempena jualan pertama dari 6 hingga 17 Mei 2026, pembeli boleh menikmati pelbagai tawaran tambahan termasuk aksesori percuma, jaminan lanjutan serta perlindungan skrin retak. Siri Z11 boleh didapati melalui platform dalam talian rasmi iQOO di TikTok Shop, Shopee, Lazada serta kedai konsep vivo terpilih.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured