More

    Aerotrain KLIA bakal beroperasi 24 jam bermula hujung bulan ini

    Perkhidmatan aerotrain di KLIA Terminal 1 dijangka kembali beroperasi selama 24 jam sepenuhnya menjelang akhir Mei 2026 selepas melalui tempoh gangguan panjang dan beberapa isu teknikal sejak dibuka semula tahun lalu.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa semua ujian teknikal telah diselesaikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan laporan penuh kini sedang diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk proses pengesahan akhir.

    Buat masa ini, aerotrain telah pun kembali beroperasi, namun masih dihentikan pada waktu malam bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dijalankan. Perkhidmatan bas shuttle masih digunakan sebagai alternatif bagi memastikan pergerakan penumpang tidak terjejas. Sistem aerotrain sebelum ini digantung hampir dua tahun sebelum kembali beroperasi pada Julai 2025.

    Sejak itu, ia dilaporkan mengalami beberapa gangguan teknikal yang menjejaskan kebolehpercayaan perkhidmatan yang mendorong pelaksanaan pelan penambahbaikan oleh MAHB. Menurut data operasi, sejak dibuka semula, sistemnya telah mengendalikan lebih 6.55 juta penumpang menerusi hampir 95,000 perjalanan.

    Dengan ujian teknikal kini selesai, fokus utama beralih kepada kelulusan pihak berkuasa. Sekiranya diluluskan, operasi penuh 24 jam dijangka dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang hujung bulan ini dan mengembalikan kelancaran pergerakan antara terminal di lapangan terbang utama negara. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured