More

    Narwal Malaysia buka stor mercu pertama di Sunway Velocity Mall

    Narwal Malaysia rasmi membuka stor mercu pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Velocity Mall ini. Pengguna di Malaysia kini boleh merasai sendiri ekosistem pembersihan rumah pintar premium Narwal menerusi pengalaman runcit yang lebih holistik. Antara produk utama yang dipamerkan termasuk Narwal Flow, Narwal S20 Pro dan Narwal S10 Pro.

    Pengunjung boleh mencuba demonstrasi produk sambil mendapatkan penerangan terus daripada staf di lokasi. Produk Narwal yang ditawarkan dilengkapi beberapa teknologi canggih termasuk stesen pembersihan sendiri yang boleh mencuci dan mengeringkan mop secara automatik selepas setiap sesi pembersihan.

    Narwal turut menggunakan sistem pertukaran air pintar yang menukar air kotor kepada air bersih secara berterusan ketika proses mop berlangsung bagi memastikan tahap kebersihan lebih baik. Teknologi lain seperti AI DirtSense pula membolehkan robot mengesan tahap kotoran dan meneruskan pembersihan sehingga lantai benar-benar bersih.

    Sistem floating brush anti-kusut pula membantu mengurangkan masalah rambut tersangkut seperti pada robot vakum tradisional. Sempena pembukaan rasmi, Narwal juga menawarkan beberapa promosi terhad untuk pelanggan di Malaysia. Pada 8 Mei sahaja, pengguna boleh menikmati promosi beli 1 percuma 1 terpilih sementara stok masih ada.

    Antara tawaran utama ialah pembelian Narwal Flow Compact Station yang didatangkan bersama Narwal S30 secara percuma pada harga promosi RM5,499. Selain itu, Narwal turut menawarkan Narwal Flow bersama S20 Wet and Dry Vacuum percuma pada harga RM4,399. Beberapa produk lain seperti Narwal Z10, Narwal X10 Pro dan S20 Pro ditawarkan pada harga pelancaran khas.

    Bukan itu sahaja, dari 9 hingga 15 Mei, pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas di kedai akan layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah termasuk Narwal Flow dan S20 Pro. Selain itu, Narwal melancarkan kempen media sosial “Share and Win Big” selama dua bulan sehingga 7 Julai 2026.

    Pelanggan yang berkongsi pengalaman mereka di kedai menerusi Facebook, Instagram dan TikTok menggunakan tanda pagar rasmi kempen berpeluang menerima baucar dan memenangi hadiah tambahan termasuk Narwal S10 Vacuum. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...