More

    GXBank kini ada 1.4 juta pelanggan, catat lebih 450 juta transaksi di Malaysia

    GXBank mengumumkan platform perbankan digital mereka kini digunakan oleh lebih 1.4 juta rakyat Malaysia selepas lebih dua tahun beroperasi di negara ini. Dalam tempoh tersebut, GXBank turut merekodkan lebih 450 juta transaksi melibatkan kategori utama seperti makanan dan minuman (F&B), runcit, pengangkutan dan utiliti.

    Menurut GXBank, pengguna mereka secara kolektif telah memperoleh lebih RM24 juta faedah menerusi Savings dan Bonus Pockets sepanjang tahun 2025. Selain itu, lebih 1.3 juta Savings dan Bonus Pockets telah diwujudkan pengguna dengan sasaran simpanan paling popular tertumpu kepada dana kecemasan, persaraan dan percutian.

    GXBank berkata perkembangan ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin aktif mengurus kewangan secara digital dan lebih cenderung membina tabiat simpanan yang konsisten. Dalam segmen kredit pula, GXBank mendedahkan lebih 400,000 pengeluaran FlexiCredit telah direkodkan setakat ini. Kemudahan tersebut paling banyak digunakan untuk kecemasan, menampung jurang perbelanjaan bulanan serta pembelian berskala besar.

    Menariknya, sekitar 40% permohonan pinjaman datang daripada komuniti yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan tradisional. GXBank mendakwa hampir 50% peminjam berpendapatan bawah RM4,000 sebulan gagal mendapatkan pinjaman di institusi lain sebelum ini. Selain itu, kira-kira 60% permohonan pinjaman dilaporkan dibuat dan diproses selepas waktu operasi bank biasa.

    Seterusnya, GXBank memaklumkan aplikasi mereka kini menjadi pilihan utama pengguna untuk mendapatkan tips kewangan dengan 74% pelanggan daripada komuniti kurang mendapat liputan kewangan menganggap kandungan tersebut membantu. Antara scam yang paling disedari pengguna termasuk penyamaran identiti, malware dan notifikasi amaran mencurigakan.

    Bagi segmen perniagaan pula, GXBank berkata purata pinjaman melalui GX Biz FlexiLoan adalah sekitar RM40,000 manakala kadar penerimaan permohonan pinjaman melebihi 70%. Sebanyak 70% daripada kredit yang diluluskan digunakan bagi tujuan pertumbuhan perniagaan khususnya dalam sektor runcit, F&B serta pengeluaran dan pembuatan.

    Fokus GXBank kekal untuk menyediakan pengalaman perbankan digital yang lebih mudah, inklusif dan mampu membantu pengguna membina masa depan kewangan yang lebih stabil. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured