More

    foodpanda lancar pandaxpress pertama Malaysia di Berjaya Times Square

    foodpanda Malaysia hari ini melancarkan pandaxpress di Berjaya Times Square yang memperkenalkan perkhidmatan ambil pesanan pusat beli-belah bersepadu pertama di Malaysia. Melalui sistem tersebut, rakan penghantar kini boleh mengambil beberapa pesanan serentak di satu lokasi pusat tanpa perlu berulang-alik ke pelbagai vendor dalam pusat beli-belah.

    Menerusi pandaxpress, petugas pengutip khas akan mengambil pesanan daripada pelbagai kedai sebelum menggabungkannya di sebuah kios pusat untuk diambil rider. foodpanda berkata pendekatan ini membantu mengurangkan pergerakan rider di dalam pusat beli-belah selain mempercepatkan proses penghantaran kepada pelanggan.

    Dalam tempoh 30 hari pertama percubaan, pandaxpress mencatatkan peningkatan sekitar 6% dalam jumlah pesanan berjaya berbanding Disember 2025. Pada masa sama, purata masa penghantaran turut bertambah baik hampir 10% sepanjang tempoh ujian tersebut. Menariknya, foodpanda mendedahkan jumlah vendor aktif meningkat lebih 50% sejak sistem itu diperkenalkan.

    Dengan pelancaran ini, Malaysia kini menyertai pasaran seperti Filipina dan Qatar yang sudah menawarkan perkhidmatan pusat beli-belah bersepadu di bawah rangkaian Delivery Hero. foodpanda Malaysia berkata mereka merancang memperluaskan pandaxpress ke beberapa pusat beli-belah lain dalam tempoh setahun akan datang.

    Bersempena pelancaran, foodpanda menawarkan potongan RM10 menggunakan kod “SYOK10” untuk pesanan makanan daripada vendor terpilih di Berjaya Times Square menerusi aplikasi foodpanda. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...