More

    HONOR sahkan Magic V6 bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR secara rasmi mengesahkan bahawa telefon pintar boleh lipat baharu iaitu HONOR Magic V6 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Bersama pengumuman tersebut, HONOR turut memperlihatkan warna menarik baharu dikenali sebagai Ferghana Red yang tampil dengan kemasan premium dan lebih menyerlah untuk pengguna profesional.

    Menurut HONOR, Magic V6 meneruskan legasi siri telefon boleh lipat mereka yang terkenal dengan binaan tahan lasak dan teknologi engsel berketahanan tinggi. Ia dikatakan hadir dengan bahan generasi baharu dan sistem perlindungan yang dipertingkat tanpa mengorbankan rekaan ultra nipis yang menjadi identiti utama siri Magic V.

    HONOR memberi bayangan bahawa Magic V6 bakal membawa peningkatan besar daripada segi prestasi, sambungan rangkaian, jangka hayat bateri dan kemampuan AI generasi baharu. Peranti ini juga dilihat terus memfokuskan kepada pengguna produktiviti yang mahukan peranti boleh lipat premium untuk multitugas harian.

    Setakat ini, spesifikasi penuh masih belum diumumkan. Namun, HONOR Malaysia mengesahkan bahawa satu lagi pengumuman rasmi berkaitan Magic V6 akan dibuat pada 21 Mei 2026. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured