More

    Apple WWDC 2026 pada 8 Jun ini bakal dedah iOS 27 dan Siri dikuasakan AI

    Apple WWDC26 rasmi diumumkan akan berlangsung bermula 8 hingga 12 Jun 2026 dengan acara pembukaan dijangka menjadi antara pengumuman perisian terbesar Apple tahun ini. Seperti biasa, acara tahunan Worldwide Developers Conference (WWDC) akan dimulakan dengan ucaptama Apple yang bakal memperlihatkan generasi baharu sistem operasi termasuk iOS 27, iPadOS 27, watchOS 27, macOS 27, tvOS 27 dan visionOS 27.

    Untuk tahun ini, Apple menggunakan slogan “Coming bright up” yang dilihat memberi bayangan kepada fokus lebih besar terhadap AI dan pengalaman visual baharu dalam ekosistem Apple. Selain kemas kini sistem operasi, antara pengumuman paling dinantikan sudah tentunya versi baharu Siri yang dikuasakan AI.

    Apple dijangka akhirnya memperlihatkan evolusi besar pembantu maya tersebut selepas mereka dilihat agak perlahan mengejar pesaing seperti Google dan OpenAI dalam perlumbaan AI generatif. Acara akan distrim secara langsung menerusi saluran YouTube rasmi Apple, laman web Apple serta aplikasi Apple TV.

    Dalam masa sama, WWDC 2026 juga dijangka menjadi antara acara terakhir dikendalikan oleh Tim Cook sebagai CEO Apple, walaupun mereka masih belum mengesahkan sebarang perancangan pengganti buat masa ini.

    Sepanjang acara berlangsung dari 8 hingga 12 Jun, Apple juga akan mengadakan pelbagai sesi khas untuk pembangun bagi memperkenalkan teknologi dan ciri baharu dalam platform mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...