More

    Samsung dan Google perlihat cermin mata pintar AI Android XR pertama mereka

    Google I/O menyaksikan Samsung dan Google akhirnya memperlihatkan secara rasmi cermin mata pintar AI baharu yang dibangunkan bersama jenama fesyen terkenal Gentle Monster dan Warby Parker. Peranti boleh pakai tersebut menjalankan platform Android XR dan akan hadir dalam dua rekaan berbeza mengikut identiti kedua-dua jenama terbabit.

    Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, Google dan Samsung sudah mula menunjukkan beberapa fungsi utama yang bakal ditawarkan menerusi cermin mata pintar AI ini. Antara ciri paling menarik ialah akses hands-free kepada Gemini menggunakan arahan suara.

    Pengguna boleh mendapatkan navigasi masa nyata, mencari lokasi berdekatan dan menerima cadangan peribadi secara terus melalui cermin mata tersebut. Selain itu, Android XR turut menyokong pelbagai fungsi produktiviti termasuk membuat pesanan, melihat notifikasi mesej dalam bentuk ringkasan, mencipta acara kalendar dan banyak lagi tanpa perlu mengeluarkan telefon.

    Samsung dan Google juga mengesahkan peranti mampu melakukan terjemahan masa nyata ketika perbualan berlangsung. Kamera terbina bersama AI turut boleh menterjemah teks dan papan tanda secara langsung selain digunakan untuk menangkap gambar dan video.

    Seperti kebanyakan cermin mata pintar lain di pasaran, ia masih memerlukan sambungan kepada telefon pintar untuk berfungsi sepenuhnya. Imej rasmi yang dikongsi turut memperlihatkan penggunaan satu kamera utama bersama lampu indikator LED pada bahagian bingkai.

    Samsung dan Google masih belum mengumumkan spesifikasi perkakasan penuh atau harga rasmi, namun pelancarannya dijadualkan berlangsung sekitar September ini dengan lebih banyak maklumat dijangka dikongsi dalam beberapa bulan akan datang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured