More

    PLUS keluar amaran awal, trafik balik kampung dijangka luar biasa padat

    PLUS Malaysia Berhad menjangkakan lonjakan trafik besar-besaran sempena cuti sekolah pertengahan tahun dan cuti panjang Aidiladha, Wesak serta Hari Keputeraan Agong dengan jumlah trafik harian di rangkaian lebuh rayanya dijangka mencecah sehingga 2.2 juta kenderaan sehari bermula 22 Mei hingga 7 Jun 2026.

    Tambahnya, aliran trafik paling sesak dijangka berlaku pada 22, 23, 26, 28, 29, 30 dan 31 Mei bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang manakala trafik pulang dijangka memuncak antara 4 hingga 7 Jun depan. Selain lebuh raya PLUS, LPT2 dijangka menerima peningkatan trafik sehingga 50,000 kenderaan sehari sepanjang tempoh tersebut.

    Bagi menghadapi kesesakan yang dijangka berlaku, PLUS memaklumkan pihaknya akan mengaktifkan Smart Lane di 33 lokasi strategik selain menggerakkan lebih 500 anggota PLUSRonda dan LPT2Ronda untuk rondaan sepanjang masa. Semua lorong tol juga akan dibuka sepenuhnya bagi melancarkan aliran trafik dan pemantauan trafik secara masa nyata menerusi Traffic Monitoring Centre (TMC).

    Dalam masa sama, PLUS menggesa pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan teruk. Pengguna juga digalakkan mendapatkan maklumat trafik semasa menerusi aplikasi PLUS, pembantu maya PUTRI, akaun X @plustrafik dan @lpt2trafik serta papan tanda elektronik VMS di lebuh raya.

    PLUS telah bekerjasama dengan PDRM, JPJ dan LLM bagi memastikan kelancaran trafik dan tahap keselamatan lebuh raya kekal terkawal sepanjang musim cuti panjang ini. Pengguna lebuh raya diingatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet RFID mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured