More

    iQOO 15T dilancar dengan cip 3nm, skrin 2K 144Hz dan bateri 8,000mAh bermula ~RM2,216

    iQOO secara rasmi melancarkan iQOO 15T di China sebagai telefon mercu terbaharu yang memfokuskan prestasi ekstrem dan keupayaan gaming. Ia hadir dengan reka bentuk premium yang diinspirasikan daripada iQOO 15 Ultra termasuk modul kamera belakang Future Capsule serta rangka matte suhu rendah.

    iQOO 15T menggunakan skrin 6.82 inci 2K AMOLED LTPO BOE Q10+ dengan resolusi 3168 × 1440 piksel, kadar segar semula adaptif 1Hz hingga 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Panelnya turut menyokong HDR, gamut warna P3, dan teknologi PWM dimming 2592Hz. Peranti dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9500 Monster Edition (3nm) dengan kelajuan CPU sehingga 4.21GHz bersama GPU ARM G1-Ultra.

    Ia juga digandingkan dengan cip gaming iQOO Q3 yang menyokong ray tracing, resolusi super 2K dan segar semula sehingga 144FPS. Peranti ini menggunakan RAM LPDDR5X Ultra serta storan UFS 4.1. iQOO 15T menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 dan menyokong sehingga lima tahun penggunaan.

    Untuk kamera, iQOO 15T tiba dengan dwi-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 200MP dengan OIS, sokongan zoom sehingga 40x digital serta rakaman video sehingga 8K. Ia dipadankan dengan kamera ultra-lebar 50MP yang turut menyokong makro. Kamera swafoto pula 16MP dengan rakaman 1080p.

    Salah satu tarikan utama ialah bateri 8000mAh Blue Ocean dengan teknologi semi-solid-state generasi kedua. Ia menyokong pengecasan pantas 100W, pengecasan berbalik dan mod bekalan kuasa terus untuk gaming. Untuk sambungan dan ciri tambahan, peranti menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, GPS dwi-frekuensi, NavIC dan 5G dwi-SIM aktif.

    Selain itu, iQOO 15T dilengkapi pembesar suara stereo, sensor cap jari ultrasonik 3D, IR blaster, motor getaran paksi-X dan penarafan IP68/IP69. iQOO 15T ditawarkan di China pada harga bermula 3,799 yuan (~RM2,216) hingga 5,699 yuan (~RM3,325) bergantung kepada memori dengan pilihan warna Qingyun, Legend Edition dan Track Edition.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured