More

    POCO C81 Pro dilancar di Malaysia dengan skrin 120Hz dan bateri 6000mAh bermula RM399

    POCO C81 Pro kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia sebagai telefon pintar kelas permulaan baharu yang memfokuskan kepada paparan besar, bateri tahan lama dan pengalaman penggunaan harian. Ia hadir dengan skrin 6.9 inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz, tahap kecerahan sehingga 800 nits dan sokongan Wet Touch Technology 2.0 serta menerima pensijilan perlindungan mata TÜV Rheinland.

    POCO C81 Pro dikuasakan cip pemproses octa-core bersama kombinasi memori LPDDR4X dan storan UFS 2.2 serta menyokong fungsi RAM tambahan sehingga 8GB. Telefon ini juga menjadi model pertama dalam siri POCO C yang menggunakan Xiaomi HyperOS 3. Antara ciri yang disertakan termasuk Google Gemini, Circle to Search, Xiaomi HyperIsland dan Xiaomi Interconnectivity.

    Baterinya pula berkapasiti 6000mAh yang didakwa mampu bertahan lebih dua hari penggunaan biasa dalam satu cas penuh. Menariknya, bateri masih mengekalkan prestasi stabil selepas 1,000 kitaran pengecasan. Untuk fotografi, POCO C81 Pro menggunakan sistem kamera AI dwi-belakang 13MP bersama sensor lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

    Kamera swafoto pula menggunakan sensor 8MP dengan sokongan mod malam pada kedua-dua kamera depan dan belakang. Ia tiba dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, emas dan hitam dengan rekaan setebal 8.15mm serta berat 208 gram. POCO C81 Pro ditawarkan dalam tiga varian iaitu 4/64GB berharga RM399 manakala varian 4/128GB berharga RM439 dan varian 4/256GB berharga RM529.

    Peranti ini mula dijual bermula 21 Mei 2026 menerusi mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured