More

    YouTube mula labelkan video AI secara automatik dan lebih jelas bermula Mei ini

    Google mengumumkan penambahbaikan sistem label kandungan AI di YouTube bagi memudahkan pengguna mengenal pasti video yang dihasilkan atau diubah menggunakan kecerdasan buatan. Menerusi perubahan baharu, label kandungan AI kini dipaparkan dengan lebih jelas pada video biasa dan Shorts.

    Untuk video standard, label akan muncul di bawah paparan video manakala Shorts pula akan memaparkan label dalam bentuk overlay terus pada kandungan video. YouTube turut mengesahkan sistem pengesanan automatik AI mula diperluaskan bermula Mei 2026.

    Jika pencipta kandungan gagal mendedahkan penggunaan AI tetapi sistem mengesan elemen visual atau audio realistik yang dijana AI, YouTube boleh menambah label secara automatik. Label kekal juga akan digunakan pada kandungan yang dihasilkan menggunakan alat AI milik YouTube sendiri seperti Veo dan Dream Screen selain kandungan yang mengandungi metadata pengesahan C2PA.

    Dalam masa sama, YouTube menegaskan label AI tidak akan menjejaskan monetisasi pencipta kandungan atau sistem cadangan video pada platform tersebut. Langkah ini dilihat sebagai usaha terbaru YouTube untuk meningkatkan ketelusan kandungan AI susulan peningkatan penggunaan video janaan AI di platform media sosial dan penstriman digital.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured