More

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus percuma berharga RM649

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk, ketahanan dan ciri kecerdasan buatan (AI). HOT 70 menampilkan rekaan baharu Dynamic Shine Design dengan badan setebal 7.49mm dan berat 195 gram. Ia ditawarkan dalam pilihan warna Green Texture, Night Pulse dan Silver Dancer.

    Skrinnya bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta tahap kecerahan sehingga 700 nits. Ia dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultimate bersama bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Infinix turut menyertakan ciri All-Scenario Bypass Charging yang menyalurkan kuasa terus daripada pengecas ke peranti bagi mengurangkan penghasilan haba.

    Bagi aspek ketahanan, HOT 70 hadir dengan penarafan IP65 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air. Ia juga menerima pensijilan SGS Premium Performance dan Gold Standard Drop Resistance selain menyokong sehingga tiga naik taraf sistem operasi Android dan lima tahun kemas kini keselamatan melalui XOS 16.

    Salah satu tarikan utama peranti ini ialah butang fizikal One-Tap AI yang memberikan akses pantas kepada pelbagai fungsi AI. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan AI FlashMemo untuk mengenal pasti maklumat pada skrin dan menukarkannya kepada tindakan seperti menyimpan kenalan, mencipta acara kalendar atau membuka tetingkap e-mel secara automatik.

    Semua kandungan yang disimpan turut dihimpunkan dalam AI MindHub untuk memudahkan pengurusan dan carian maklumat. Selain itu, Folax AI membolehkan pengguna mengakses pelbagai model AI termasuk ChatGPT dan Gemini secara terus melalui satu butang khas. HOT 70 juga dilengkapi kamera utama 50MP bersama beberapa ciri AI tambahan seperti AI Live Photo Mode, AI Eraser, AI Extender dan AI Custom Wallpapers.

    Bersempena pelancaran HOT 70, Infinix mengumumkan tawaran langganan Google AI Plus (2TB) percuma selama tiga bulan untuk pembeli peranti terpilih termasuk siri HOT 70, NOTE 60, GT 50 Pro, NOTE Edge dan SMART 20. Melalui tawaran tersebut, pengguna akan menerima akses kepada Gemini, NotebookLM dan Nano Banana 2 selain storan awan 2TB yang boleh digunakan merentasi Google Drive, Gmail dan Google Photos.

    Antara ciri yang disertakan termasuk Gemini dalam Gmail untuk membantu menghasilkan dan menyemak e-mel, penjanaan imej AI melalui Nano Banana 2 serta fungsi pembelajaran berasaskan AI melalui Gemini dan NotebookLM. Pengguna yang layak boleh mengaktifkan langganan Google AI Plus tersebut melalui aplikasi Gemini atau Google One pada peranti masing-masing.

    Tempoh percubaan bermula dari tarikh pengaktifan dan berlangsung selama tiga bulan sebelum kadar langganan biasa dikenakan selepas tamat tempoh. Infinix HOT 70 kini boleh didapati melalui kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop dan rangkaian kedai fizikal Infinix seluruh negara pada harga RM649.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured