fbpx
More

    Anugerah AnTuTu: Cipset telefon terbaik tahun 2019

    Tahun 2020 kini hadir dan bakal menuju arus yang lebih maju dalam dunia teknologi. Arus teknologi pada tahun 2019 tidak kurang hebatnya dengan peningkatan pelbagai aspek melalui cipset telefon pintar.

    Menurut Gizmochina, AnTuTu telah memberi anugerah maya kepada beberapa cipset berprestasi pada tahun 2019 lalu. Anugerah untuk cipset berprestasi tinggi jatuh kepada Snapdragon 855 Plus yang menguasai Xiaomi Mi 9 sebagai model pertamanya. Hal ini sudah dijangkakan kerana cipset tersebut hadir dengan prestasi GPU mantap dengan mata 480,000 dalam ujian AnTuTu.

    Anugerah Inovasi Teknologi pula diberi kepada Huawei Kirin 990 5G. Cipset ini merupakan cipset integrasi 5G yang pertama dengan 16-core Mali-G76 MP16 yang mempunyai enam teras melebihi Kirin 980.

    Anugerah ini turut dimiliki cipset 5G Samsung Exynos 980 dengan processor 8nm dan turut menyokong mod dwi-5G. Hebat bukan?

    Anugerah yang sama juga diberi kepada Qualcomm Snapdragon 765G dan Dimensity 1000L. Menurut Gizmochina lagi, cipset Snapdragon 765 masih belum dipasarkan, tetapi Snapdragon 765G telah diumumkan bakal menguasai peranti pintar OPPO Reno 3 Pro.

    Prestasi Dimensity 1000L daripada MediaTek pula agak membanggakan walaupun ianya merupakan versi yang lebih rendah daripada Dimensity 1000.

    Anugerah mampu milik atau dengan kos efektif jatuh kepada Huawei Kirin 810 dan Helio G90T. Kirin 810 menjadi penanda aras kepada seni bina DaVinci yang dibina sendiri oleh Huawei bagi menggantikan Cambrian NPU. Masih ingat kepada Redmi Note 8 Pro? Telefon pintar tersebut dikuasai Helio G90T dan setakat ini, hanya telefon pintar ini sahaja yang dikuasai Helio G90T.

    Dengan kemajuan rangkaian 5G di dalam Malaysia pada tahun 2020, mungkin netizen bakal mendapatkan telefon pintar dengan cipset yang menyokong 5G. Selari dengan arus 5G di negara-negara lain, mungkin tahun ini bakal mengeluarkan lebih banyak peranti 5G.

    Anda memiliki peranti yang dikuasai cipset-cipset di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X