More

    Instagram kini benarkan pengguna susun semula gambar pada profil

    Instagram mula memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyusun semula kedudukan kandungan pada grid profil serta memberikan kawalan lebih besar terhadap cara profil dipaparkan kepada pengunjung. Melalui ciri Reorder Grid, pengguna tidak lagi terikat dengan susunan kronologi atau kedudukan asal sesuatu hantaran.

    Sebaliknya, mereka boleh memindahkan mana-mana kandungan ke lokasi yang diingini bagi menonjolkan hantaran tertentu pada bahagian hadapan profil. Menurut Instagram, ciri ini membolehkan pengguna menyerlahkan kandungan terbaik mereka, menyusun semula tema visual profil atau menjadikan profil lebih mencerminkan identiti dan personaliti pemilik akaun.

    Untuk menggunakan ciri tersebut, pengguna hanya perlu membuka profil, menekan dan menahan mana-mana hantaran pada grid, memilih pilihan Reorder Grid, kemudian menyeret hantaran ke kedudukan baharu yang diinginkan. Selepas perubahan dibuat, susunan baharu akan disimpan secara automatik dan terus dipaparkan kepada semua pengunjung profil.

    Ciri Reorder Grid mula dilancarkan kepada pengguna minggu ini dan akan diperluaskan secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna dalam tempoh terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Threads

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured